Kerja-kerja pembersihan tanah runtuh sedang dilaksanakan oleh JKR.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melaksanakan kerja-kerja pembersihan di lokasi di jalan masuk sebelum ke tempat kejadian tanah runtuh di Kampung Batu 59, Kampung Raja, Cameron Highland awal pagi tadi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, JKR akan terus memantau situasi dan bersedia untuk menyalurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan di dalam kapasiti jabatan ini.

Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani dalam kenyataanya berkata pihaknya menerima laporan pada 2.51 pagi.

Kejadian itu melibatkan lima orang dengan dua mayat telah ditemui.

Pasukan mencari dan menyelamat kini sedang mengesan tiga lagi mangsa yang kesemuanya merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). – MalaysiaGazette

Tanah runtuh Cameron Highlands: Seorang maut, 4 lagi tertimbus