KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pinjaman wang menggunakan logonya.

Peringatan itu susulan SSM mengesan beberapa iklan pinjaman wang di media sosial yang menggunakan logo tersebut.

SSM berkata, pihak yang menggunakan logo SSM tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 54 Akta Cop Dagangan 2019. – MalaysiaGazette