Keadaan semasa Jalan Kuantan-Segamat (Lebuh Raya Tun Razak) yang mendap sejak 6 Januari lalu.

KUALA LUMPUR – Laluan Jalan Kuantan-Segamat (FT012) yang ditutup mulai 7 Januari lalu dibuka semula bermula hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan memaklumkan, jambatan sementara itu dibuka dua hala kepada kenderaan dengan had muatan yang dibenarkan adalah tidak melebihi 20 tan dengan had kelajuan 30 kilometer sejam (kmj).

“Pengguna jalan raya ini dinasihat agar berhati-hati ketika melalkui laluan tersebut dan sentiasa mematuhi arahan papan tanda yang telah disediakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Laluan tersebut ditutup sebelum ini untuk semua kenderaan ekoran kejadian jalan mendap di Seksyen 102 (berhampiran kawasan Burung Unta).

Penutupan tersebut bertujuan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dijalankan oleh pihak Pasukan Projek FT012. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast