KUALA LUMPUR – Beberapa laluan utama di Johor Bahru-Air Hitam menghala ke Royal Hanger akan ditutup secara satu hala sempena sambutan keberangkatan Sultan Johor ke Istana Negara pada hari Rabu, 31 Januari 2024.
Ketua Polis Daerah Kulai, Supritendan, Tan Seng Lee berkata, penutupan itu bermula 7.45 pagi sehingga selesai.
Jalan-jalan terlibat ialah Jalan Johor Bahru-Air Hitam bermula di KM20 hingga Pekan Senai dan Jalan Lapangan Terbang menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Oleh itu, orang awam yang terlibat dengan jadual penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai dinasihatkan keluar lebih awal.
Pengguna jalan raya lain juga dinasihatkan merancang perjalan masing-masing. – MalaysiaGazette