Mizz Nina bersama anaknya, Musa.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina telah mendapatkan perintah ex-parte (sebelah pihak) daripada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan semula haknya terhadap anak angkatnya, Musa.

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, mendakwa, bekas suaminya, Noh Salleh telah membawa keluar Musa dari rumahnya tanpa keizinan dan pengetahuannya menyebabkannya tidak dapat berjumpa kanak-kanak itu lebih tiga minggu.

“Tiada kanak-kanak boleh diambil daripada mereka tanpa kebenaran penjaga mereka yang sah.

“Musa dibawa pergi tanpa kebenaran dan pengetahuan saya, ketika dia berada dalam jagaan saya dengan dokumentasi undang-undang.

“Untuk mengelakkan konflik, saya kemudiannya pergi ke mahkamah syariah untuk menerima perintah mahkamah ex-parte,” katanya yang dimuat naik di Instagram miliknya, hari ini.

Tambah Mizz Nina, ketika Musa diambil, beliau tidak mengetahui keberadaan Musa jauh sekali menerima gambar mahupun video anak angkatnya dalam tempoh tersebut.

“Pada masa ini, bekas suami memuat naik wajah Musa di internet memungkiri janji dan kemudian berkata dia tidak tahu mengenainya, sedang dia tahu.

“Mulai saat tersebut, privasi Musa telah terjejas dan hidupnya tidak akan lagi sama. Bekas suami kemudiannya mendedahkan nama ibu kandung Musa dalam kenyataan permohonan maaf yang mengatasi tujuan permohonan maaf, langsung tidak sensitif terhadap keinginan ibu kandung untuk tidak dikenali.

“Dia sekali lagi mendedahkan privasi ibu kandung sejurus selepas wajah Musa terdedah,” kata Mizz Nina kesal apabila bekas suaminya mendedahkan nama ibu kandung Musa kepada umum, sekali gus tidak sensitif terhadap permintaan keluarga Musa itu.

Katanya, selepas bercerai, Noh dengan rela hati menandatangani dokumen undang-undang memberi saya hak penuh untuk menjaga Musa, di hadapan pesuruhjaya sumpah.

“Sejak saat itu, dia kehilangan haknya untuk menjadi penjaga kepada Musa.

“Sejak saya berkahwin dengan suami saya Essam dan Musa selesa dalam rumah tangga kami dan keadaannya stabil,” katanya.

Katanya lagi, tindakan bekas suaminya itu satu pengkhianatan kerana didakwa bersubahat dengan pengasuh Mizz Nina untuk membawa keluar Musa.

“Saya di sini untuk memberitahu anda kisah benar supaya tidak ada spekulasi atau fitnah, tanpa cuba kacau.

“Ini bukan hanya sisi saya cerita, ini adalah kebenaran dan semoga Allah terus membawa kebenaran kepada cahaya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette