Saifuddin Nasution Ismail.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan perlu melakukan pendekatan yang luar dari kebiasaan dalam usaha meletakkan negara kembali di landasan yang tepat, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menerusi hantaran di Facebook, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat berkata Pemukiman Pakatan Harapan 2024, akan menjadi medan bagi menggerakkan agenda rakyat serta mempertingkatkan naratif penerangan.

“Sewaktu ucapan pembukaan selaku Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, saya singgung beberapa perincian yang perlu diberi tumpuan khusus oleh rakan-rakan pimpinan. Ketika situasi cukup mencabar dalam usaha meletakkan negara kembali di atas landasan yang tepat, pendekatan Pakatan Harapan juga perlu lebih dari kebiasaan.

“Insya-Allah muafakat persahabatan ini kita perkukuhkan dan jalan ke hadapan bagi menggerakkan agenda rakyat serta naratif penerangan mesti dipertingkatkan,” katanya.

Pemukiman Pakatan Harapan berlangsung selama dua hari bermula semalam di Putrajaya dan melibatkan pimpinan utama parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Saifuddin cakap kena jelas mudah difahami. Maklumkan definisi LUAR KEBIASAAN itu bimbang terkeliru terus pengikut melakukan LUAR TABI’I pulak.

Comments are closed.