SANAA – Tentera Yemen menyasarkan kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang belayar di Teluk Aden.
Jurucakap angkatan tertera, Brigadier Jeneral, Yahya Saree berkata, tentera laut Yemen melancarkan serangan pada petang Ahad lalu dengan menggunakan peluru berpandu yang sesuai yang disasarkan ke atas kapal tentera laut AS, Lewis B Puller.
Beliau berkata, kapal tersebut menyediakan sokongan logistik kepada tentera AS yang terlibat dalam pencerobohan terhadap Yemen.
Saree berkata, operasi yang dilaksanakan sebagai langkah ketenteraan dalam mempertahankan negaranya dan sokongan terhadap penduduk Palestin.
Menurut beliau, tentera Yemen akan terus menghalang pelayaran kapal milik Israel dan kapal dalam perjalanan ke pelabuhan Palestin yang diceroboh Israel di Laut Merah dan Laut Arab sehingga pencerobohan dihentikan dan kepungan Jaluran Gaza ditarik balik – Agensi