Pesawat F-16

SEOUL – Sebuah jet pejuang F-16 milik Amerika Syarikat (AS) terhempas di perairan pantai barat Korea Selatan hari ini dengan juruterbang selamat, kata tentera udara AS.

Menurut satu kenyataan, pesawat yang ditempatkan di Pengkalan Udara Kunsan, kira-kira kira-kira 180 kilometer di selatan Seoul dan terhempas di Laut Kuning pada jam 8.41 pagi.

”Juruterbang selamat keluar dari pesawat dengan kerusi anjal dan ditemui kira-kira jam 9:30 pagi melalui usaha menyelamat bersama pegawai Korea Selatan dan AS” ujarnya.

Tentera AS berkata, juruterbang itu kini berada dalam keadaan stabil dan siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kejadian.

Pada Disember lalu, sebuah pesawat F-16 terhempas di Laut Kuning semasa latihan rutin disebabkan oleh kecemasan semasa penerbangan manakala pada Mei 2023 sebuah F-16 terhempas berhampiran Pangkalan Udara Osan di Pyeongtaek yang terletak kira-kira60 kilometer ke selatan Seoul.

Tiada kemalangan jiwa dalam kedua-dua kes itu. – Agensi