Gambar tular media sosial

KUANTAN – Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat masalah kewangan berjaya diselamatkan polis selepas mahu membahayakan dirinya di Jambatan Sultan Abu Bakar, Pekan petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin, kejadian dilaporkan berlaku pukul 2.45 petang membabitkan seorang wanita berusia 25 tahun.

“Polis yang sampai ke tempat kejadian ketika itu berjaya memujuk dan menarik mangsa ke tepi seterusnya membawanya ke hospital untuk rawatan susulan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dalam keadaan kemurungan dan tekanan perasaan  kerana terlibat dalam satu kes komersil melibatkan jumlah wang hampir RM700,000,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin,

Jelas beliau, kes tersebut masih dalam siasatan pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mohd Zaidi dimaklumkan oleh keluarga mangsa, kejadian cuba mencederakan diri sendiri seperti itu bukan pertama kali dilakukan mangsa.

“Akibat kemurungan, mangsa yang bekerja sebagai peniaga itu juga dikatakan suka bersendirian dan hanya berkurung di dalam bilik.

“Buat masa ini mangsa masih dirawat di Wad Kecemasan Zon Kuning Hospital Pekan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Sekarang bertambah ramai rakyat Malaysia tertekan dengan masalah economy. Harap ada TUKANG Formula atau Klinik Formula ditubuhkan bagi mengelak menjadikan ramai rakyat membunuh diri.

  2. terbaik cadangan tuan.
    hari ini ramai masyarakat tertekan di sebab ekonomi setempat,dengan kenaikan harga barangan keperluan.
    Dan isu-isu ,Begitu ramai masyarakat tidak dapat peluang kerja dan kerjaya yang di mohon
    terutama yang tidak ada kelulusan dan yang kelulusan dari SPM hingga ijazah.
    Tekanan hutang PTPTN salah satu rakyat Malaysia merasakan diri dan keluarga, tertekan jiwa.
    kerajaan hari ini gagal.
    menarik pelaburan untuk mengisi peluang – peluang kerja. pada rakyat marhaen 1Malaysia selepas dunia di serang COVID 19.
    1920
    1921
    1922
    1923
    Negara kita rosak di sebab kan Politik gilakan
    kuasa.
    Rakyat 1MALAYSIA sengsara.
    fikir positif.

  3. Tukar kerajaan …hanya kerajaan islam saja yg boleh menyalamatkan umat
    Kerajaan MADANO ne byk membuat rakyat tertekan dgn masalah kewangan….
    Debgan berbagai isu terutama dgn kenaikan brg keprrluan harian

Comments are closed.