Beruang kutub taxidermy

OTTAWA – Polis Kanada sedang menyiasat kecurian seekor beruang kutub taksidermi seberat kira-kira 225 kilogram dari Lionsheart Wholeness Center, sebuah resort berhampiran Edmonton.

Beruang yang mempunyai ketinggian kira-kira 3.6 meter itu dipercayai dicuri semasa cuaca sejuk pada awal Januari lalu.

Ia dilaporkan hilang pada 22 Januari oleh pengendalinya di Lily Lake Resort, menurut polis.

Orang ramai diminta bersama-sama mengesan beruang gergasi itu.

Resort ini terletak di Sturgeon County, kira-kira 50 kilometer di utara Edmonton.

Menurut penyiasat, ia merupakan kehilangan kedua selepas dua rakun taxidermy dicuri semasa kejadian pecah masuk pada Ogos tahun lalu.

Kos ketiga-tiga haiwan taxidermy adalah kira-kira AS$26,000, kata Polis Diraja Kanada.

Setakat ini polis tidak jelas sama ada kes tersebut berkaitan.

Seorang pekerja resort memberitahu The Globe and Mail, resort itu melakukan rondaan keselamatan 24 jam, tetapi jadual kerja itu dibatalkan pada malam kejadian kerana cuaca terlalu sejuk -30 darjah celsius.

Pencuri dikatakan telah memotong kabel yang menahan beruang itu, dan menyeretnya ke luar, kemungkinan ada kenderaan yang menunggu.

“Kes ini dirancang,” kata Wanda Rowe.

Alberta RCMP Constable Kelsey Davidge menyifatkan jenayah itu sebagai “The Heist of the Big Polar Bear“, menurut akhbar itu sambil meminta penduduk berhati-hati jika pencuri cuba menjualnya secara dalam talian. – Agensi