KUALA LUMPUR – Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini menerumi seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Tasik Pergau, Jeli, Kelantan semalam.
Menurut kenyataan JBPM Kelantan, mayat mangsa yang berumur 34 tahun itu ditemui pada jam 10.45 pagi di permukaan tasik oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM Kelantan bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jeli.
“Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Tambahnya, perasi pencarian dipecahkan kepada tiga pasukan dan jarak pencarian diperluaskan di sekitar kawasan lokasi.
Jelasnya, pencarian juga melibatkan kawasan hutan dan surface searching oleh pasukan penyelamat dan unit anjing pengesan, K9, JBPM dalam operasi pencarian mangsa. – MalaysiaGazette