KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP ldi bawah Pelan Perlindungan Ahli yang membolehkan ahli menggunakan dana dalam Akaun 2 mereka untuk membeli produk insurans dan takaful yang terdiri daripada perlindungan nyawa dan penyakit kritikal untuk ahli keluarga terdekat mereka.
Ahli yang ingin membeli produk insurans dan menyertai produk takaful yang ditawarkan olehsyarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan KWSP untuk diri sendiri atau ahli keluarga terdekat boleh melakukannya melalui platform i-Lindung yang terkandung dalam aplikasi KWSP i-Akaun (Ahli).
Sejak ia dilancarkan pada Julai 2022, hingga Disember 2023, lebih 102,301 ahli telah
membeli sejumlah 118,166 polisi dan produk takaful melalui platform i-Lindung, yang
meliputi insurans nyawa dan insurans penyakit kritikal pada premium yang berpatutan
daripada Akaun 2.
Susulan daripada sambutan yang menggalakkan ini, KWSP telah memperkenalkan penambahbaikan yang memfokuskan kepada pengurusan polisi dan sijil,
yang ditujukan untuk perlindungan lanjutan melebihi satu tahun.
Penambahbaikan ini merupakan satu kemajuan penting dalam evolusi platform i-Lindung,
yang menggabungkan produk perlindungan jangka panjang untuk ahli KWSP dan keluarga
tersayang.
Platform yang dinaik taraf ini menawarkan ciri-ciri mesra pengguna bagi
memudahkan pengurusan polisi yang diperkemas dan pembayaran berulang yang mudah
untuk perlindungan jangka panjang. – MalaysiaGazette