Api menjulang dalam kebakaran kilang bungi api di Harda, India. Foto Times Of India.

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya lapan orang maut manakala 80 lagi cedera apabila sebuah kilang bunga api meletup.

Letupan kuat itu menyaksikan bola api melambung ke udara.

Rakaman di televisyen India menunjukkan asap tebal selepas letupan di loji mercun yang terletak di Harda, dekat negeri Madhya Pradesh.

Berpuluh-puluh ambulans dihantar ke lokasi.

Helikopter tentera turut dipanggil untuk memindahkan mangsa yang cedera.

Pegawai kanan polis daerah, Rajeshwari Mahobia berkata, angka kematian mungkin meningkat.

Ketua Menteri Madhya Pradesh Mohan Yadav berkata: sekurang-kurangnya 20 ambulans sudah berada di lokasi, dan 50 lagi sedang dihantar untuk membantu mangsa-mangsa yang cedera. – Agensi