Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.

AMPANG – Seorang penghantar kurier dicekup di Kampung Baru Ampang, dekat sini petang semalam selepas disyaki memukul hingga cedera teman wanitanya di kepala dan tangan dengan menggunakan kayu penggiling adunan tepung di Merdeka Villa, dekat sini.

Senjata yang digunakan untuk mencederakan mangsa turut dirampas.

Kecederaan mangsa dikesan oleh seorang pegawai perubatan Hospital Selayang yang merawat mangsa, 29, pada pukul 8 pagi, 30 Januari lalu.

Suspek kini direman selama empat hari bermiula hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau yang tidak dikehendaki bagi kesalahan dadah manakala ujian air kencing yang dijalankan dapati positif dadah.

“Motif kejadian adalah disebabkan perselisihan hutang diantara mangsa dengan suspek dan kes disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata. yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun
atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman. – MalaysiaGazette