ah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang,

PEKAN – Para pengguna yang akan menggunakan laluan jambatan Bailey dinasihatkan agar mematuhi had muatan 20 tan dan laju 30 km/j bagi memastikan keselamatan lebih terjamin,

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, Datuk Ir. Ts. Hafizah Zakaria berkata, pengguna jalan raya yang ingkar akan dikenakan tindakan undang-undang memandangkan perbuatan itu mengundang bahaya kepada pengguna jika diabaikan.

“Kita terima aduan dapati banyak pengguna yang tidak mematuhi had muatan dan  laju ketika melalui jambatan itu.

”Bila lebih muatan jadi bahaya. Bahaya tu satu, kemudian ia boleh merosakkan jambatan itu juga. Had muatan yang dibenarkan 20 tan bagi satu hala, kalau berselisih boleh pergi 40 tan.

”Jika kenderaan lebih muatan itu perlu menggunakan laluan alternatif,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hafizah memaklumkan tinjauan dijalankan di sekitar kawasan itu bersama Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff petang tadi.

Beliau turut menyarankan agar pengguna yang melebih muatan ditetapkan melalui laluan alternatif di Leban Chondong, atau Pekan Batu Balek,

”Kita sudah memenita pihak penguasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan pemantauan.

”Jika ingar, pihak penguatkuasa tidak teragak-agak mengeluarkan saman dan jika berlaku kemalangan atau sebagainya, pihak kami tidak akan bertanggungjawab kerana  peringatan pada papan tanda sudah ada,” jelasnya.

Untuk rekod, spesifikasi pemasangan jambatan Bailey jenis Acrow 700XS (double lane) sepanjang 30.48 meter dengan lebar 9.3 meter di Kilometer 73, Seksyen 102, FT 12  Kuantan-Segamat.

Terdahulu laluan di Jalan FT012 Segamat-Muadzam Shah-Gambang ditutup ekoran runtuhan pada 7 Januari dan kerja-kerja pembinaan pembinaan jambatan bailey dimulakan pada 11 Januari lepas oleh JKR Pahang.

Pada 27 Januari lalu jambatan panel keluli bermodular di Lebuh Raya Kuantan – Segamat (Ft012) telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai. – MalaysiaGazette