Harun Mohd Joned (kanan) dan Vi Thim Juan, melancarkan kerjasama antara Auto Bavaria dan Hertz Malaysia untuk perkhidmatan penyewaan BMW iX terbaharu.

KUALA LUMPUR – Sime Darby Auto Bavaria (SDAB) berganding bahu dengan Sime
Darby Rent-A-Car (SDRAC) – Hertz Malaysia menawarkan perkhidmatan sewa kenderaan elektrik sempena Tahun Baharu Cina.

Menawarkan pengalaman memandu tersendiri BMW iX elektrik dengan harga sewa bermula daripada RM550 sehari dan RM5,500 sebulan.

BMW iX ialah model paling sesuai untuk pemanduan jangka pendek premium bagi peminat kereta yang ingin menikmati kemewahan EV berteknologi tinggi.

Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan berkata, Auto Bavaria komited sepenuhnya mahu merintis penggunaan EV di Malaysia.

“Kali ini, kami memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memandu BMW iX kami untuk menikmati gaya dan keunikan yang tiada tandingan yang membawakan trend terkini dalam teknologi EV.

“BMW iX ialah model sempurna untuk ditawarkan kerana menjanjikan ciri kelebihan terbaik dalam segmen BMW EV tahun lepas.

Kami menggalakkan semua orang untuk mengambil kesempatan daripada tawaran sewa perayaan bagi pengalaman memandu serba baharu yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Harun Mohd Joned, Pengarah Urusan SDRAC menambah, kerjasama ini
membolehkan pelanggan meneroka perkhidmatan sewa tambahan lain, seperti khidmat pemandu, pengangkutan ulang-alik ke lapangan terbang dan juga tempahan terkhusus untuk majlis korporat dan juga acara
persendirian. – MalaysiaGazette