arrest warrant Sultanah Nur Zahirah the Editor of Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown
Clare Rewcastle-Brown

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown berkuatkuasa hari ini.

Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri membuat keputusan itu hari ini selepas Clare Brown didapati bersalah memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Difahamkan warganegara Britain itu tidak hadir ke perbicaraan hari ini walaupun sebelum ini mahkamah sudah mengeluarkan waran tangkap bagi memastikannya hadir bagi pertuduhan terhadapnya.

Perbicaraan hari ini juga telah djalankan secara in absentia atau tanpa kehadiran di bawah Seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah.

Clare didakwa telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Sultanah Nur Zahirah sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap wanita itu berhubung fitnah dalam buku tersebut dan menuntut ganti rugi am RM100 juta. – MalaysiaGazette