WASHINGTON – Yum Brands merekodkan pertumbuhan lebih lemah untuk ketiga-tiga rangkaian perniagaannya – Taco Bell, KFC dan Pizza Hut di tengah-tengah persekitaran tidak menentu di Amerika Syarikat (AS).
Perniagaannya terjejas seperti yang dialami McDonald’s dan Starbucks yang terkesan akibat kempen boikot oleh pengguna dunia susulan perang Israel- Hamas.
Dengan belanjawan yang ketat, pengguna Amerika Syarikat (AS) terutamanya isi rumah berpendapatan rendah semakin mengurangkan kos
Permintaan makanan segera bertambah buruk pada suku keempat, dengan KFC dan Pizza Hut menyaksikan penurunan jualan masing-masing sebanyak 4.8 peratus dan 2.6 peratus, menurut data Placer.ai.
Taco Bell, yang lama dilihat sebagai “permata” Yum Brand, juga menyaksikan penurunan 3.5 peratus, menurut data.
Penganalisis UBS berkata, rangkaian makanan bertemakan Mexico menyaksikan pelanggan bertukar kepada menu yang lebih murah pada suku tersebut.
Beberapa jenama restoran Barat, termasuk McDonald’s dan Yum, di Timur Tengah dan beberapa pasaran lain seperti Malaysia dan Indonesia terjeas akibat perang Israel-Hamas. – Agensi