Seramai 31 GRO wanita Thailand antara 40 individu tempatan dan asing ditahan dalam serbuan di kelab ,malam oleh JIM KL awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 31 warga Thailand yang disyaki pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan Operasi and Gegar di sebuah kelab malam di Jalan Ampang, di sini, awal pagi ini.

Menurut sumber, turut ditahan dalam serbuan jam 1.40 pagi itu ialah  sembilan lelaki warga Bangladesh yang bekerja di premis berkenaan.

Katanya, dalam operasi itu, pasukan JIM Kuala Lumpur telah melakukan pemeriksaan terhadap 81 individu yang terdiri daripada pekerja dan juga pelanggan kelab malam itu.

“Hasilnya, kita membuat tangkapan ke atas enam lelaki tempatan serta 40 individu yang lain terdiri daripada wanita warga Thailand dan lelaki Bangladesh,” katanya.

Menurutnya, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 56(1)(d).

Tambah beliau, ujian saringan Covid-19 turut dilaksanakan ke atas Orang Kena Tahan (OKT) dan mereka bebas gejala berkenaan.

Katanya, kesemua tangkapan warga asing dibawa ke Depoh Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast