SHAH ALAM – Sebuah bas persiaran yang membawa 11 pelancong tempatan ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas pemandunya didapati tidak mempunyai lesen memandu yang sah.
Pengarah Kanan Penguatkuasanya, Datuk Lokman Jamaan berkata, bas persiaran itu ditahan selepas beliau sendiri membuat pemeriksaan dokumen ke atas pemandu dalam satu operasi di Plaza Tol Kemuning, di sini, malam ini.
“Tindakan notis akan dikenakan terhadap pemandu bas itu kerana tidak mempunyai lesen.
“Pemandunya tidak kompeten untuk memandu dan boleh membahayakan keselamatan penumpang yang ada di dalam bas tersebut,” katanya kepada pemberita di Plaza Tol Kemuning, di sini, malam ini.
Terdahulu beliau menyertai Ops Tahun Baru Cina 2024 lebih sejam di Plaza Tol Kemuning.
Beliau berkata, sebaliknya bas persiaran yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak disitakerana mempunyai cukai jalan yang sah. – MalaysiaGazette