Foto Instagram Neelofa.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas yang juga pelakon, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, menyifatkan isterinya yang juga selebriti terkenal, Neelofa sebagai individu penting dalam hidupnya.

PU Riz memberikan kata-kata penuh romantis buat isterinya itu sempena ulang tahun Neelofa yang ke-35 hari ini,

“Beberapa tahun kebelakangan ini antara saksi mata ini melihat keikhlasan pengorbanan sang isteri.

“Daripada tanggungjawab sehinggalah jagaan anak-anak, awaklah (Neelofa) antara yang terhebat terpahat di hati saya… Dan disyukuri setiap saatku melaluinya,” katanya.

PU Riz berkongsi ucapan romantis itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya di sini.

“Februari bertarikh 10 hari bulan, bukan sahaja tarikh penting buat dirimu akan tetapi kesyukuran buatku.

“Syukurnya Tuhan zahirkan insan solehah bersama melayari bahtera rumah tangga.

“Tidaklah ku harapkan apa-apa darimu cuma secebis doa cinta dan kasih sayang. Terima kasih melahirkan anak-anak kita. Memiliki ibu sepertimu adalah satu keuntungan buat mereka,” katanya.

Sementara itu, Neelofa memuat naik semula hantaran suaminya di Instastory miliknya dengan disertakan emoji semut yang membawa maksud kemanisan kata-kata diungkapkan oleh si suami.

“Terima kasih atas ucapan yang manis dan indah sayang,” tulisnya.

Haris mendirikan rumah tangga dengan Neelofa pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas yang kini berusia tujuh bulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast