Maria Zakharova

MOSCOW – Jabatan Harta Bandaraya Moscow memutuskan untuk menamatkan perjanjian pajakan plot tanah yang diperuntukan kepada Kedutaan Ukraine.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Ukraine menerusi saluran yang telah ditetapkan.

“Pada April lalu, Majlis Bandaraya Kiev mengumumkan penamatan perjanjian pajakan plot tanah Kedutaan Rusia di Ukraine.

“Adalah diketahui bahawa diplomasi mamatuhi prinsip timbal balik.

“Berikutan itu Jabatan Hartanah Bandaraya Moscow juga memutuskan untuk menamatkan perjanjian pajakan plot tanah yang diperuntukan kepada Kedutaan Ukraine di Moscow,” katanya menerusi kenyataan.

Zakharova berkata, sebarang langkah permusuhan rejim Presiden Ukraine, Vladimir Zelensky akan dibalas dengan langkah yang sewajarnya. – Agensi