Anggota bomba membawa mayat dua mangsa nahas pesawat ringan yang berjaya dikeuarkan dengan menggunakan dua trak polis menuju ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang ketika di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 13 FEBRUARI 2024.

KLANG – Bedah siasat dan proses pengecaman dua mangsa nahas pesawat ringan di Kampung Tok Muda akan bermula esok.

MalaysiaGazette difahamkan keluarga mangsa akan datang ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada Rabu.

Terdahulu jasad dua mangsa berkenaan tiba di Jabatan Forensik pada 8.45 malam selepas berjaya dibawa keluar dari tempat kejadian.

Terdahulu, dua penumpang termasuk juruterbang berada dalam pesawat ringan model BK 160 Gabriel (nombor pendaftaran I-POOC) l terhempas di kawasan kebun di Kampung Tok Muda, hari ini.

Kedua-dua mangsa berlepas dari  Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada pukul 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi. – MalaysiaGazette