Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan beliau hanya merujuk kenyataan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang mengumumkan persaraan bekas pengerusinya, Jeneral (B) Tan Sri, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor

Bagaimanapun beliau mengesahkan bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu sebenarnya meletak jawatan.

“Saya hanya menggunakan kenyataan LTAT. Beliau (sebenarnya) meletak jawatan. Tiada isu mengenainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis “Kick-off” Kajian Separuh Penggal (KSP) KPP di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bercakap kepada media selepas majlis pelancaran Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 13 FEBRUARI 2024.

Dua hari lalu, Raja Affandi mempersoalkan kenyataan Khaled yang mengatakan beliau bersara namun sebaliknya meletak jawatan pengerusi LTAT berkuat kuasa 8 Februari lalu.

Khamis lalu, LTAT mengumumkan ‘persaraan’ Raja Afandi susulan pengunduran Ketua Eksekutifnya, Ahmad Nazim Abd Rahman berkuat kuasa, 1 Februari lalu. – MalaysiaGazette