Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sentiasa bekerjasama erat untuk memastikan isu kekurangan guru di sekolah-sekolah seluruh negara dapat diatasi.

Menurutnya, sinergi kerjasama strategik kedua-dua pihak cukup signifikan dalam memastikan unjuran guru memenuhi keperluan semasa.

Pengambilan seramai 6,315 orang graduan bukan pendidikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara contract of service (COS) seperti yang diumumkan oleh SPP pada minggu lalu adalah komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan unjuran keperluan dan penempatan guru di sekolah dipenuhi.

Menurut KPM, sepanjang tahun 2023, seramai 18,792 orang guru baharu telah dilantik.

Daripada jumlah itu, seramai 9,155 orang guru telah ditempatkan di sekolah rendah manakala seramai 9,637 orang guru di sekolah menengah.

Katanta, lonjakan penambahan bilangan guru ini adalah komitmen besar Kerajaan Madani dalam memperkukuh agenda reformasi pendidikan dan memartabatkan kualiti pendidikan negara. – MalaysiaGazette