Dari kiri: Anis Baswedan, Prabowo Subianto dan Ganjar Pranowo

JAKARTA – Kira-kira 204.8 juta rakyat Indonesia keluar hari ini untuk mengundi bagi menentukan presiden dan wakil rakyat baharu.

Presiden Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi  menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober.

Media melaporkan, bekas Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto kekal mendahului saingan.

Beliau bertanding buat kali ketiga setelah kalah pada 2014 dan 2019 kepada Jokowi dan kini bergandingan dengan anak sulung Jokowi, Gibran Rakabuming Raka, sebagai regunya untuk calon naib presiden.

Prabowo yang berhadapan dengan pesaingnya, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo memberitahu Al Jazeera pada hari terakhir berkempen bahawa beliau yakin akan memenangi pemilihan tersebut.

“Semua angka menunjukkan begitu… semangat akar umbi. Semua angka menunjukkan bahawa kami akan pergi dalam satu pusingan,” katanya.

Prabowo memerlukan lebih 50 peratus undi dan sekurang-kurangnya 20 peratus undi di lebih separuh wilayah negara itu untuk jawatan presiden.

Sebanyak 820,161 Tempat Pemungutan Suara (TPS) di 38 provinsi membuka pintu kepada para pengundi selama enam jam bermula 7 pagi sehingga 1 tengah hari.

Ia melibatkan lebih 5.7 juta petugas pilihan raya dan lebih 20,000 kerusi disediakan untuk direbut dari Majlis Permusyarawatan Rakyat (MPR), Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Dewan Perwakilan Daerah (DPD) ke jawatan Presiden.

Pada Pemilu kali ini, pengundi muda iaitu generasi Milenium dan Gen Z mewakili 54 peratus daripada jumlah pengundi yang layak seawal usia 17 tahun untuk menunaikan tanggungjawab.

Jumlah pengundi di Jawa paling ramai dan berpengaruh dengan 115.4 juta pengundi dan 454,444 TPS dibuka.

Jawa Barat mempunyai pengundi teramai iaitu 35.7 juta pengundi diikuti Jawa Timur dengan 31.4 juta, Jawa Tengah 28.3 juta, Jakarta 8.25 juta, Banten 8.8 juta dan Yogyakarta dengan 2.9 juta.

Keputusan rasmi tidak dijangka sehingga Mac, tetapi apa yang dipanggil ‘kiraan pantas’ dijangka memberikan petunjuk yang boleh dipercayai siapa pemenangnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast