JAKARTA – Prabowo Subianto yakin pasukannya telah memenangi pilihan raya Presiden Indonesia dalam pusingan awal.
Bagaimanapun, katanya, Indonesia masih perlu menunggu keputusan rasmi.
Ia mungkin mengambil masa beberapa minggu lagi kerana pengiraan negara yang mempunyai 205 juta pengundi ini baru bermula.
Namun, kiraan pantas yang telah dilakukan sejak beberapa jam lalu.
Kiraan itu menunjukkan beliau telah memperoleh lebih daripada 57% undi setakat ini – melebihi angka 50% yang diperlukan untuk mengelak pengiraan pusingan kedua.
Prabowo yakin demokrasi Indonesia berfungsi dengan baik, sambil berikrar untuk membentuk kerajaan “untuk seluruh Indonesia”.
Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 Indonesia menyaksikan persaingan antara Anies Baswedan dan calon naib presiden Muhaimin Iskandar; Prabowo dan regunya yang merupakan anak sulung Presiden Joko Widodo – Gibran Rakabuming Raka.
Selain itu, Ganjar Pranowo, bekas gabenor Jawa Tengah bersama Mahfud MD, bekas Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan Indonesia. – Agensi