KUALA LUMPUR – Keseluruhan modal saham terbitan UMW Holdings Bhd akan dikeluarkan daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd pada 19 Feb, 2024.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata, langkah penyahsenaraian menandakan selesainya pengambilalihan oleh Sime Darby Bhd, berdasarkan di bawah perenggan 16.07(a) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

Saham-saham UMW telah digantung oleh Bursa Securities pada 9 Feb, 2024, berikutan tamatnya tempoh lima hari di pasaran selepas tarikh tutup lanjutan tawaran pengambilalihan oleh Sime Darby.

Sime Darby sebelum ini melanjutkan tarikh tutup tawaran RM5 sesaham untuk mengambil alih UMW kepada 31 Jan, 2024, iaitu kira-kira lewat dua minggu dari tarikh akhir asal pada 17 Jan, 2024.

Sehingga 31 Jan, 2024, Sime Darby menguasai 98.86 peratus saham UMW, menurut kenyataan CIMB Investment Bank Bhd yang mewakili Sime Darby.

Pada tarikh yang sama, UMW memohon kepada Bursa Securities untuk menarik balik status penyenaraiannya. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast