Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya berusia empat tahun, akhir bulan lalu.

MELAKA – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya berusia empat tahun, akhir bulan lalu.

Hakim Azaraorni Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 27 tahun  membuat pengakuan sebaik pertuduhan pindaan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Bukit Rambai pada, antara jam 8 pagi hingga 9.30 pagi 31 Januari lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 26 dan 27 akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom dalam hujahannya memohon tertuduh dikenakan hukuman penjara dan sebatan kerana kesalahan dilakukan melibatkan anak saudara berusia empat tahun.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman ringan atas alasan sudah insaf.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bermula daripada tarikh ditangkap pada 2 Februari lalu dan satu sebatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast