Seorang pengarah syarikat direman kerana disyaki memberi suapan berjumlah kira-kira RM13,000 kepada jurutera sebagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja kontrak dengan sebuah jabatan di Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan reman seorang pengarah syarikat kerana disyaki memberi suapan kira-kira RM13,000 kepada jurutera.

Ia sebagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja kontrak dengan sebuah jabatan di Pulau Pinang.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 50-an ditahan kira-kira jam 3 pagi tadi di SPRM Pulau Pinang bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Terdahulu, SPRM telah menahan reman seorang jurutera kerana disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah kira-kira RM13,000 daripada kontraktor pada pertengahan tahun 2022 dan menggunakan wang itu untuk membeli sebuah meja snuker dan sebuah meja ping pong yang ditempatkan di pejabatnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Perintah reman selama 5 hari bermula hari ini sehingga 20 Februari 2024 telah dikeluarkan oleh Majistret Puan Shyahirah Abdul Salim selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang pagi tadi. Suspek telah diwakili peguam dari Yayasan bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast