KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 kawasan di negara ini merekodkan suhu berjaga-jaga hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, kawasan-kawasan tersebut ialah Pulau Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena, Sik dan Baling, di Kedah.
Seberang Perai Utara di Pulau Pinang manakala Kuala Kangsar di Perak serta Beaufort di Sabah.
Kawasan-kawasan itu merekodkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celcius untuk tiga hari berturut-turut.- MalaysiaGazette