KUALA LUMPUR – Bedah siasat ke atas mayat lelaki warga emas yang ditemui di atas bumbung sebuah pasar raya mini di Taman Cahaya, Ampang malam tadi mendapati dia mengalami saluran darah tersumbat.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, keputusan itu hasil bedah siasat yang dijalankan oleh unit forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pagi tadi.
Menurutnya, penemuan mayat lelaki berusia 71 tahun itu dimaklumkan orang awam kira-kira jam 7.08 malam.
Polis dengan bantuan anggota bomba telah membawa turun simati, sebelum dibawa ke HUKM. – MalaysiaGazette