Mohd. Jafni Md Shukor

PASIR GUDANG – Seramai 2,000 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau Rumah Sewa Kerajaan (RSK) menyewa unit kediaman masing-masing kepada orang lain.

Exco Perumahan Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Jafni Md Shukor berkata, mereka menyewa kepada pihak ketiga pada kadar tiga kali ganda daripada caj asal sebanyak RM200 atau RM300 sebulan.

“Kita juga dapat tahu penyewa mengenakan sewaan sehingga tiga kali ganda lebih tinggi daripada kadar sewa asal iaitu RM200 hingga RM300 sebulan. Keadaan ini semakin berleluasa setelah tidak ada penguatkuasaan dibuat.

“Kita sudah membuat ‘profiling’ terhadap 80 peratus daripada keseluruhan 14,500 penyewa PPR dan RSK, dianggarkan kira-kira 2,000 unit disewakan kepada pihak ketiga dengan sewa yang tinggi, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Pemerkasaan Komuniti RSK serta perasmian Wakaf Tani Komuniti di RSK Taman Cendana Dua, hari ini.

Justeru, katanya, tindakan tegas termasuk membatalkan perjanjian asal kepada penyewa yang mahu meraih keuntungan ini.

“Kita juga dapat tahu penyewa mengenakan sewaan sehingga tiga kali ganda lebih tinggi daripada kadar sewa asal iaitu RM200 hingga RM300 sebulan. Keadaan ini semakin berleluasa setelah tidak ada penguatkuasaan dibuat.

Katanya program PPR dan RSK adalah usaha kerajaan untuk membantu golongan B40 dan ke bawah untuk tinggal di kawasan bandar dengan kadar sewa yang rendah.

Namun sayang, kemudahan itu telah disalahgunakan dan kerajaan negeri akan bertindak tegas terhadap individu yang berbuat demikian.

“Kerajaan negeri akan bertegas dalam isu ini. Kali ini kami tidak teragak-agak melakukan pembatalan perjanjian asal akan dilakukan dan unit berkenaan akan diberikan kepada penyewa sedia ada dengan syarat mereka menepati kriteria iaitu pendapatan isi rumah sekeluarga maksimum RM3,000,” katanya.-MalaysiaGazette