Wan Rosdy Wan Ismail ketika merasmikan Program Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2024 X Kuala Lumpur Free Car di Dataran DBKL hari ini

KUANTAN – Seramai 1,500 peserta memeriahkan Program Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2024 X Kuala Lumpur Free Car di Dataran DBKL di ibu kota hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, acara julung kali diadakan itu mendapat penyertaan menggalakkan daripada anak perantau Pahang terutamanya yang menetap di Lembah Klang.

”Tahniah juga kepada Sekretariat Perantau Anak Pahang atas kejayaan penganjuran ini.

“Program seperti ini akan merapatkan hubungan anak-anak Pahang di perantauan bersama kerajaan negeri.

”Terima kasih kepada Datuk Seri Shahaniza Shamsudin, dan semua pihak penganjuran bersama atas kesungguhan dan komitmen untuk merealisasikan penganjuran acara pertama ini,” katanya hari ini.

Program yang dianjurkan oleh ⁠Sekretariat Perantau Anak Pahang mendapat kerjasama Persatuan Orang Muda Kuala Lumpur (PompKl), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Bahagian Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kami Anak Maran (KAMI).

Pelepasan acara membabitkan larian sejauh 5 kilometer hingga 7 kilometer melibatkan 2 kategori dimulakan jam 6.30 pagi.

Acara berkenaan diadakan bagi meningkatkan semangat patriotisme anak Pahang dan mengenang sejarah Tok Gajah juga merupakan ayah kepada Mat Kilau, pahlawan Melayu negeri ini.

Mengulas lanjut Wan Rosdy berkata peserta terdiri daripada orang Pahang yang bekerja dan menyambung pengajian institusi pengajian di KL, Selangor termasuk luar dari kawasan berkenaan.

Terdahulu Sekretariat Perantau Anak Pahang dirasmikam pada 5 Januari lalu di World Trade Centre merupakan usaha dan langkah kerajaan negeri untuk mendekati dan menyantuni anak-anak Pahang yang berada di perantauan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast