Timbalan Menteri di Jabatan perdana Menteri Hal Ehwal agama, Dr. Zulkifli Hasan merasmikan Konvensyen Kebangsaan MRA ke - 10 pada semalam

PUTRAJAYA – Seramai 84 sukarelawan Malaysia Relief Agency (MRA) menyertai Konvensyen Kebangsaan kali ke-10 sebagai persiapan menentukan hala tuju perjuangan aktiviti kemasyarakatan 15 tahun akan datang.

Presidennya, Dr. Mohd Daud Sulaiman berkata, Konvensyen Kebangsaan MRA kali ini dianjurkan dengan kerjasama Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) yang akan membantu menggarap pelan strategik MRA 2024-2040.

”Pelan strategik MRA 2024-2040, yang merupakan satu inisiatif berwawasan untuk meletakkan MRA pada landasan yang kukuh dan memberikan hala tuju yang jelas serta mampan kepada kepimpinan MRA.

”Pelbagai faktor telah diambil kira dalam menyusun pelan strategik 2024-2040 ini, termasuklah cabaran tempatan dan global seperti pandemik, perubahan iklim, isu-isu sosioekonomi dan suasana politik semasa.

”Dalam konteks ini, pelan strategik MRA 2024-2040 telah difokuskan ke arah tujuh teras utama yang sangat penting dalam memenuhi keperluan masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan berterusan,” katanya ketika ditemui semalam.

Tujuh teras tersebut merangkumi pendidikan, kesukarelawan dan kepimpinan belia, tadbir urus dan integriti, komuniti berdaya tahan, jaringan tempatan dan antarabangsa, kelestarian sumber, serta kersihatan dan perubatan.

Konvesnyen MRA kali ke-10 dengan tema ’15 tahun Menuju Kecemerlangan’ itu berlangsung selama tiga hari bermula 16 Februari sehingga 18 Ferbruari di Putrajaya menghimpunkan semua sukarelawan daripada 11 negeri di seluruh negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast