Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun patah jari kaki selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli belah di ibu negara semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun patah jari kaki selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli belah di ibu negara semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.46 petang.

Komander Operasi Shamsul Bahri Hashim berkata, susulan itu seramai lima anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi mendapati, kanak-kanak perempuan berkenaan tersangkut bahagian jari kaki pada eskalator.

“Kerja mengeluarkan kaki mangsa dilakukan oleh pasukan bomba dan pihak pengurusan yang memgambil masa kira-kira 40 minit.

“Semakan mendapat, mangsa mengalami kecederaan pada tiga jari kaki di mana salah satunya patah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan serta tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette