Operasi  pencarian diselaraskan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pihak Bomba, Persatuan Pengendali Bot serta penduduk tempatan mencari adik Mustaqim Rizman dilakukan sejak semalam.

KUANTAN – Mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas di Sungai Kuala Sat, Jerantut dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azman Mat Kamis berkata, mayat mangsa ditemui 3.30 petang tadi pada jarak 25 meter mangsa dilaporkan hilang.

Terdahulu, mangsa, Mustaqim Rizman, 12, yang beralamat Kampung Kuala Sat, Jerantut dilaporkan hanyut dalam kejadian 5.56 petang semalam.

”Operasi  pencarian diselaraskan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pihak bomba, Persatuan Pengendali Bot serta penduduk tempatan sejak semalam.

”Operasi pencarian dihentikan kerana keadaan gelap pada malam tadi  dan tiada pencahayaan di kawasan tersebut dan diteruskan semula hari ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kes masih dalam siasatan lanjut dan mayat dibawa ke Hospital Jerantut bagi proses bedah siasat. – MalaysiaGazette