KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$115.4 bilion pada 15 Februari 2024 berbanding AS$114.8 bilion pada 31 Januari 2024.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata bank pusat dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – MalaysiaGazette