KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji prestasi kerja ditonjolkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Walaupun Anwar mengakui King Sing memiliki cara kerja ‘garang’ namun setiap kerja itu mampu diselesaikan olehnya dengan baik.
“He just want to get things done. Ada yang salah faham kerana cara Datuk Seri Tiong ini apabila melakukan kerja.
“Tapi ada kalanya perlu juga sedikit kesabaran kerana itu juga ada kalanya ada salah faham,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2024 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay di sini hari ini.
Baru-baru ini ada pihak mempersoalkan tindakan King Sing berhubung mengenai penamatan perkhidmatan Datuk Dr Ammar Abd Ghapar sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) dan ia tular di media sosial.
Difahamkan tindakan itu diambil mengikut Subseksyen 10 (1) Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481) dibaca bersama Seksyen 47 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388). – MalaysiaGazette
Kerja bagus? kerja mcm bangang..mcm gangster..serang pegawai imigresen di KLIA mcm samseng..tuduh pegawai imigresen rasuah..sampai sekarang mana bukti pegawai imigrese rasuah? kaki fitnah..bodoh mcm badak