Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan ke Parlimen pada Selasa ini bagi menuntut reformasi 100 peratus dilakukan oleh kerajaan.

Menerusi hantaran di Facebook, NGO itu berkata, Parlimen merupakan lokasi pertama kempen #Reformasi100Peratus.

“Rakyat tidak lagi boleh biarkan agenda reformasi dipandang sepi! Jom semua kita beri isyarat bahawa rakyat tidak akan takut untuk turun kembali ke jalan bagi menuntut Reformasi 100%!,” tulis Bersih.

Sebelum ini NGO itu berkata, gabungan berkenaan menggesa kerajaan menunaikan semua yang pernah diperjuangan dalam reformasi sebelum ini.

Pertama, menambah baik perlindungan terhadap pemberi maklumat dan membuka akses terhadap maklumat kerajaan.

Kedua ialah menetapkan had tempoh untuk jawatan Perdana Menteri yang merupakan sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya sebelum ini.

Ketiga pula tuntutan berkenaan manifesto PH untuk untuk menyemak semula Akta Hasutan yang sebelum.-MalaysiaGazette