BEIRUT – Kumpulan Hezbollah membedil enam tapak tentera dan perhimpunan askar Israel berhampiran sempadan antara Lubnan dan Israel.
Israel juga meneruskan serangan ke beberapa bandar di selatan Lubnan.
Media Israel, Channel 12 melaporkan tentera zionis itu mengesan beberapa peluru berpandu yang dilancarkan dari selatan Lubnan ke arah kawasan Kiryat Shmona di utara Israel.
Lapornya, beberapa peluru berpandu dikesan di kawasan Kiryat Shmona dan berjaya dipintas tetapi yang lain jatuh di kawasan lapang tanpa menyebabkan kematian.
Serangan antara Hezbollah dan rejim zionis itu berlaku di tengah-tengah serangan Israel yang dahsyat di Semenanjung Gaza hingga Tel Aviv dibicarakan di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tuduhan “pembunuhan beramai-ramai”.
Ketegangan telah meningkat di sepanjang sempadan Israel-Lubnan sejak 8 Oktober – antara Hezbollah dan Israel di satu pihak dan Hamas dan Israel di pihak laun , mengakibatkan kematian dan kecederaan di kedua-dua belah sempadan.
Baru-baru ini, terdapat ancaman yang semakin meningkat daripada pegawai Israel untuk meluaskan serangan ke atas wilayah Lubnan melainkan pejuang Hezbollah berundur dari sempadan utara Israel. – Agensi