Konsert "Choii Underground Music Tour Kedah 2.0, di Taman Jubli Emas pada malam Nisfu Syaaban, Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR – UMNO Kedah didakwa enggan bertanggungjawab dan culas apabila mendakwa tidak pernah memberi permit atau kelulusan untuk konsert Choii Underground Music Tour Kedah 2.0, di Taman Jubli Emas di negeri itu, Sabtu lalu.

Ketua Penerangannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mendakwa ia bukan malam pertama konsert diadakan di karnival jualan tersebut.

Cuma, konsert itu diadakan pada malam Nisfu Syaaban, maka ia ditular dan dikritik hebat oleh rakyat.

“Mereka mudah melepaskan diri dan meletakkan kesalahan 100 peratus terhadap penganjur tapi yang pelik, penganjur kata permit mereka ditarik. Jadi siapa yang betul? Ditarik atau tidak diberikan?,” soalnya.

Tambah beliau, konsert hiburan seumpama itu tidak akan berlaku sekiranya pihak berkaitan memantau penganjuran program di kawasan pentadbiran mereka.

“Jika ahli-ahli majlis bandar raya buat kerja mereka dengan elok, mereka sudah pasti akan memantau projek-projek yang diadakan di daerah mereka.

“Ini punyalah tiada pemantauan sehinggakan lelaki dan perempuan boleh duduk bersama. Adakah ini cara pentadbiran Pas?” ujarnya.

Shaiful Hazizy turut menyindir cara pentadbiran Pas di Kedah yang sebelum ini mengkritik Kerajaan Madani mengenai penganjuran sebuah konsert yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada malam yang sama.

“Itulah, ‘paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih’. Mereka sendiri ‘terlupa’ yang mereka sendiri meluluskan konsert pada malam Nisfu Syaaban.

“Akhirnya cara penyokong mereka hendak berdalih, mereka kata yang sekurang-kurangnya ada bacaan selawat. Kalau ada selawat, semua sudah halal ke?,” jelasnya.

Semalam, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, pihaknya tidak pernah memberi permit atau kelulusan untuk konsert kontroversi di Alor Setar.

Beliau berkata, terdapat permohonan dikemukakan kepada kerajaan negeri namun dalam permohonan itu, tidak dinyatakan mengenai cadangan konsert atau pertunjukan pentas seperti itu. – MalaysiaGazette

Konsert ‘Choii Underground Music Tour Kedah 2.0’ tiada permit – Exco

3 Komen

  1. ikut engkau la Labu ..mari lah kita ramai ramai menyanyi lagu BANGANG OH BANGANG ,KENAPA ENGKAU KURUS !!!!!

  2. permit untuk karnival yg lulus tanpa ada permit utk menganjurkan konsert itu berbeza dengan permit karnival beserta konsert. ni lah org yg suka putar belit cerita.

  3. Assalamualaikum, ini semua permainan politik dr pihak perikatan yang menimbulkan suasana, usahlah nak berpolitik nanti yang dikandung berciciran siapa yang menanggung rakyat juga jadi pak sanggup kome bolehlah senang lenang,tgk yang sudah2 rakyat berhimpun kamu semua bolehlah senang duduk dlm hotel bukankah MCM cibai….

Comments are closed.