Gambar-gambar di tempat kejadian seorang wanita ditolak kekasihnya di sebuah kondominium di Setia Alam.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori ditahan selepas disyaki menolak kekasihnya dari tingkat 23 di sebuah kondominium di Setia Alam, Selangor, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian itu jam 10.02 daripada seorang lelaki yang memaklumkan kejadian tersebut.

Menurutnya, hasil siasatan pihak polis mendapati simati merupakan seorang wanita Thailand berumur 32 tahun dan tidak bekerja.

Saksi dalam kejadian ini memaklumkan terdengar pergaduhan di antara pasangan kekasih unu dan nampak simati ditolak dari tingkat 23 dan jatuh ke tingkat 7 di kondominium tersebut.

Mohd Iqbal berkata, tangkapan telah dibuat ke atas suspek, berusia 37 tahun di tempat kejadian.

Suspek mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek juga positif dadah jenis kanabis.

Suspek akan direman di Makamah Shah Alam, pagi ini untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati atau penjara bagi satu tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun jika tidak dijatuhkan hukuman mati dan sebatan tidak kurang 12 kali.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Muhammad Khairi Bin Kamaruddin di talian 0122666025. – MalaysiaGazette