Dua lelaki yang dilaporkan rentung dalam insiden kebakaran rumah setinggan di Klang Lama pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Polis mengklasifikasikan dua mangsa rentung dalam kebakaran rumah setinggan di Batu 4 1/2, Jalan Klang Lama hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, sebanyak 16 rumah telah terlibat dalam kebakaran tersebut.

“Bertindak atas maklumat pihak IPD Brickfields bersama-sama pihak bomba dari Cawangan Seputeh, Cawangan Pantai, Cawangan Hang Tuah, Cawangan Sri Petaling, Cawangan Taman Tun Dr. Ismail, Cawangan Keramat dan Cawangan Hartamas telah
sampai ke lokasi kejadian.

“Kebakaran rumah setinggan telah berjaya memadamkan sepenuhnya pada lebih kurang  7.36 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ku Mashariman, pemeriksaan lanjut di lokasi pihak Bomba telah menjumpai dua mangsa lelaki dalam keadaan rentung dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kebakaran.

Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Bahagian Forensik dan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat bagi menentukan punca kematian.

“Salah seorang mangsa dikenalpasti sebagai warga tempatan manakala seorang lagi mangsa masih belum dapat disahkan identitinya.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan sebagai laporan mati mengejut (SDR) membabitkan kedua-dua mangsa rentung itu.

“Pada masa yang sama, pihak forensik bomba juga sedang meneruskan siasatan untuk mengenalpasti punca kebakaran tersebut,” katanya.

Polis Brickfields mahu orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti berkaitan insiden kebakaran tersebut dan meminta mana-mana saksi yang mempunyai maklumat membantu siasatan boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua warga emas rentung rumah setinggan dijilat api

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast