Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Telegram bersedia untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperkemas aspek kawal selia terutama untuk banteras aktiviti scam dan judi dalam talian di platform berkenaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kesediaan itu dinyatakan pengasas dan pemilik Telegram, Pavel Durov ketika perjumpaan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu semalam.

“Perbincangan kami amat positif dan banyak fokus diberikan kepada perkara berkaitan kerangka kawal selia platform itu dan teknologi baharu (termasuk AI).

“Pavel menyatakan minat untuk mengadakan perbincangan lanjut tentang beberapa peluang kerjasama dengan kerajaan Malaysia.

“Selain memberi komitmen dan bersedia untuk melebarkan sayap operasi ke Malaysia pada masa akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fahmi  turut menjemput Pavel ke Malaysia bagi meneruskan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast