Kenderaan yang dinaiki tiga mangsa terbalik selepas hilang kawalan dan terbabas di BTHO pagi tad. Foto ihsan JBPM

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut manakala dua lagi parah selepas kereta Honda HRV yang dinaiki hilang kawalan dan terbabas hingga terbalik pagi tadi.

Kemalangan berlaku awal pagi itu berlaku depan kedai di Bandar Tun Hussein Onn (BTHO).

Komander Operasi Balai Polis BTHO, Shaifulbahrin Samad berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.13 pagi tadi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette