Saifuddin Nasution Ismail.

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil pendirian sifar toleransi soal disiplin dan integriti dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan,  tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota polis yang mempunyai masalah disiplin serta melanggar etika kerja, sehingga merosakkan imej dan reputasi pasukan itu.

Katanya, pendekatan ini bagi memelihara imej dan reputasi institusi pasukan keselamatan itu agar sentiasa berada pada tahap tinggi.

“Saya menyampaikan mesej tersebut pada perhimpunan bulanan KDN, ‘zero tolerance’ terhadap perlanggaran (displin) oleh anggota polis,” katanya ditemui dalam majlis ringkas di kediaman rasminya di Presint 10, Putrajaya malam tadi.

Saifuddin berkata, beliau ambil maklum laporan beberapa yang menyiarkan laporan mengenai masalah disiplin, pelanggaran etika kerja, rasuah dan jenayah dalam kalangan anggota polis.

Menurutnya, perkara itu menjadi isu besar kerana polis merupakan pasukan penguatkuasa keselamatan untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam.

“Jadi apabila perlanggaran itu melibatkan anggota polis, ia akan menjadi tumpuan rakyat dan kita tidak boleh mempertahankannya kerana prinsip ‘zero tolerance’,” ujarnya.

Tegas beliau, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan beberapa ketua jabatan dalam  peringkat atas PDRM komited dan telah menyampaikan mesej itu (sifar tolenrasi) kepada warga PDRM.

“Saya melihat  Razarudin juga telah turun ke Ibu pejabat polis kontinjen negeri dan ibu pejabat polis daerah, selain berkomunikasi dengan petugas unit kereta peronda (MPV) bagi memastikan mereka patuh disiplin dan ikut panduan yang telah ditetapkan.

“Tindakan atau ‘omnipresence’ beliau (Razarudin) itu telah memberikan satu dorongan luar biasa kepada anggota PDRM untuk bekerja lebih tekun dan bertanggungjawab di bawah,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast