Mahkamah Jenayah Antarabangsa

LONDON – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap dua komander Rusia berhubung dakwaan jenayah perang di Ukraine.

Waran tangkap dikelurkan terhadap komander penerbangan jarak jauh Angkatan Aeroangkasa, Sergei Ivanovich Kobylash dan komander Armada Laut Hitam, Viktor Nikolayevich Sokolov.

“Dalam konteks situasi di Ukraine untuk dakwaan jenayah yang dilakukan dari sekurang-kurangnya 10 Oktober 2022 hingga 9 Mac 2023,” katanya dalam kenyataan.

Di bawah Statut Rom, kedua-dua komander tentera itu masing-masing didakwa bertanggungjawab terhadap jenayah perang iaitu mengarahkan serangan ke atas objek dan orang awam.

Mereka juga didakwa menyebabkan kecederaan sampingan yang berlebihan kepada orang awam atau kerosakan kepada objek awam, serta jenayah terhadap kemanusiaan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.

“Terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai mereka memikul tanggungjawab jenayah individu untuk jenayah yang disebutkan di atas kerana telah melakukan perbuatan itu secara bersama dan/atau melalui orang lain,” menurut mahkamah.

Waran tangkap itu dikeluarkan berikutan permohonan yang difailkan oleh pendakwa raya.

Sementara itu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy memuji keputusan mahkamah, mengatakan bahawa keadilan antarabangsa memerlukan masa, tetapi ia “tidak dapat dielakkan.”

“Setiap komander Rusia yang mengarahkan serangan terhadap orang awam Ukraine dan infrastruktur kritikal mesti tahu bahawa keadilan akan ditegakkan,” tulisnya di X.-Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast