ANKARA – Kempen boikot antarabangsa terhadap Starbucks yang didakwa bersubahat dengan Israel meninggalkan kesan mendalam terhadap rangkaian yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu.

Kumpulan Alshaya, yang mengendalikan kafe Starbucks di Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) mengumumkan pengecilan perniagaan berikutan cabaran yang dihadapi sejak Oktober tahun lalu.

“Akibat daripada keadaan dagangan yang sentiasa mencabar sejak enam bulan lalu, kami telah mengambil keputusan yang menyedihkan dan amat sukar untuk mengurangkan bilangan rakan sekerja di kedai MENA Starbucks kami,” kata seorang jurucakap kepada Anadolu.

Lebih 2,000 pekerja dijangka akan terjejas berikutan keputusan yang diambil oleh syarikat.

Selama lebih daripada 25 tahun, Kumpulan Alshaya telah memegang lesen Starbucks untuk wilayah MENA dan membina kehadiran yang besar dengan lebih 1,300 kedai kopi dan tenaga kerja yang melebihi 11,000 individu.

Keputusan itu dibuat selepas gesaan boikot terhadap syarikat kopi Amerika itu selepas Starbucks mengumumkan mengambil tindakan terhadap pekerja yang bersimpati terhadap rakyat Palestin.

Lebih 30,000 penduduk Gaza telah dibunuh oleh Israel dalam serangan tanpa henti yang memasuki bulan kelima dengan separuh daripada mangsa adalah bayi dan kanak-kanak. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Disaat2 sukar, ekonomi suram, ringgit terus menjunam, tak usahlah berbelanja mewah, elok jimat cermat, hindarilah makanan2 mahal starbuck, seven elevan kedai mahal, zuss, kenny rogers, texas chikens dsb.

    Eloklah berjimat cermat untuk barang2 asas, persekolahan anak2 dan sedikit budget untuk orang tua dikampung.

Comments are closed.