Datuk Dr. Mohamad Puad Zarkashi .

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor merupakan ‘tempeleng maut’ kepada Ketua Pembangkang negeri itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, jika benar ada lima lagi ADUN akan mengikut jejak Rashid, bermakna Mohamed Azmin ‘tidak solid’ di Selangor.

“Dia (Azmin) bukan poster boy Bersatu di Selangor (jika lima lagi ADUN sokong menteri besar).

“Rashid melakukan kamikaze kerana Bersatu baru pinda Perlembagaan parti. Dia tidak takut kepada pindaan. Dia lebih takut kapal Bersatu yang akan karam.

“Bersatu akan berhadapan dengan krisis perlembagaan parti jika pindaan itu tidak terpakai sebelum diluluskan oleh RoS,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Mohd Puad turut menyindir Mohamed Azmin yang menyatakan rakyat penat melihat gelagat ahli Parlimen dan ADUN Bersatu beralih sokongan.

“Dia lupa, dia pernah buat rakyat penat dengan Langkah Sheraton dan kini Langkah Dubai,” kata ujarnya.

Semalam, Abdul Rashid menzahirkan sokongannya kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

ADUN Bersatu itu berkata, sokongannya terhadap kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) dibuat secara sukarela dan pada masa sama akan tetap komited kepada parti. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. InsyaAllah PN akan buat kejutan dan akan menang bergaya dalam PRU akan datang. Kalau cepat PRU maka akan cepatlah kerajaan berubah. Terlalu lama bersama kerajaan gagal adalah tidak baik untuk generasi akan datang.

Comments are closed.